Friday, June 6, 2008

sekolah hari sabtu


dulu kita ada terdengar masalah guru yang terpaksa banyak kerja2 pejabat. Tapi lala kelamaan trend yang cuba dibawa untuk makluman umum hilang begitu sahaja. Sekarang hampir semua guru di negara ini terpaksa datang ke sekolah pada hari sabtu samada untuk kelas tambahan, mesyuarat, latihan dalam, dan bermacam-macam lagi. Pihak pentadbir bukannya tak tahu perkara ini tapi mereka kadang-kadang terpaksa akur perkara ini kerana lebih mementingkan masa mengajar di sekolah untuk murid - murid. Pilihannya tidak lain dan tidak bukan hari sabtu sebagai penyelesaiannya. sebagai seorang guru yang akur dengan arahan pentadbir, ramai guru terpaksa mengorbankan masa untuk hadir ke sekolah. Ada guru yang mengeluh kerana sabtu merupakan hari yang mereka perlukan untuk berurusan dengan pejabat kerajaan untuk urusan peribadi. Jika hari sabtu telah dirampas daripada mereka, apa yang tinggal?

harga minyak naik

kepada semua msykt malaysia khasnya bersama-sama kita bersabar menghadapi masalah kenaikan harga minyak di malaysia. seperti yang kita ketahui sebelum ini, harga di negara22 jiran sebelum ini memag jauh berbeza dengan harga di negara kita. kita perlu bersyukur di atas keadaan kita sekarang. Biar kerajaan yang mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Kita yang tidak tahu apa2 biar duduk dan lihat. Jangan terlibat dengan kumpulan2 yang cuba mengeruhkan keadaan. Kadang-kadang orang yang buat bukan-bukan tu bukannya tau apa2 cuba saje nak cari glamor saje. Biar kita berdoa agar perkara ini tidak menjadi yang sesuatu yang terlalu kritikal yang akan mangancam keharmonian di malaysia